Followers

Sunday, October 31, 2010

mak pengantin Hidayah Pantai Dalam

Date : 31.10.2010
Vanue : Pantai Dalam

aku telah diamanatkan oleh Hidayah untuk menjelitakan ibundanya yang tersayang...mak pengantin pun harus kelihatan jelita untuk menyambut tetamu yang datang..aku lupa lak nak tanye name makcik ni..tapi dia sgt sporting beb.. for Hidayah thank kerana meletakkan kepercayaan ini pada akak...nice to meet you dear );..



dah half way baru teringat gambar before lupe nak ambik.




Raihan & Sahlan

Date : 30.10.2010
Venue : Jalan Istana Klang


first nak ucapkan terima kasih pada lan & rehan coz paham ape yang jadi pada akak pagi tu.....SELAMAT PENGANTIN BARU pada pasangan guru kita ni...








YANTI JENDERAM HILIR

Tarikh 30.10.2010
Vanue : Jenderam Hilir

Yanti...seorang yang cukup peramah orangnye..walaupun aku tidak pernah mengenali beliau tapi beliau sgt2 peramah, mcm dah kenal lama je..seorang lecturer di adalah sebuah Kolej swasta..Yanti ni customer internet aku.. (ada crita di sebalik crita semase me makeupkan Yanti)..






Wednesday, October 27, 2010

Lagi Photoshoot Genting

model ni namenye nila...nila adalalah salah seorang model yang aku makeupkan pada 23.10.2010...ade lagi gambar yang lain tapi sabo ye akan di upload dalam mase terdekat..

Tuesday, October 26, 2010

Latest Pelamin










Monday, October 25, 2010

Photoshoot di Genting Highland

Date : 23.10.2010
Venue : Genting Highland

ini adalah antara gambar yg telah siap di makeupkan oleh aku, cuma ini aje yang boleh aku uploadkan coz atas sebab pnc...ini ialah baby (pelakon Awan Dania) antara 7 org yg telah aku makeupkan..kalau dapat kebenaran dari pihak penganjur aku upload lagi key..baby bersama anakku Farah





Photoshoot di Al-Rawsha Bulatan Kg Pandan

venue : Al- Rawsha Restoran
Date : 24.10.2010
event by : jannah (untuk majalah Anis)
model : Vee




Tuesday, October 12, 2010

Main Makeup-Makeup

mase ni bos tak de g over the c so aku conteng le muka kakak kat opis ni, kebetulan dia lak nak letak dalam fb dia, ape lagi aku pun mulakan la kerja..


Thursday, October 7, 2010

Tips Bagi Menjelang Akad Nikah

Seeloknya, bakal pengantin melakukan solat hajat malam sebelum upacara akad nikah untuk memastikan kelancaran majlis. Ia juga bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Amalkan surah Al-Inshirah (Alam-Nashrah) untuk mengurangkan rasa debaran menjelang detik dinikahkan. Surah itu juga yang diamalkan Nabi Musa ketika berdepan firaun.

Bakal pengantin lelaki juga boleh mengamalkan surah Toha (ayat 25 - 28) untuk mengurangkan darah gemuruh. Selesai membaca, bolehlah minum segelas air untuk penenang jiwa.

Lazim bagi bakal pengantin untuk menghafal beberapa pengetahuan asas dalam agama. Kebiasaannya jurunikah akan bertanyakan rukun Iman dan rukun Islam sebagai pengetahuan asas dalam Islam. Bagi yang berdebar, sebaiknya mereka menghafal semua rukun itu bagi mengelak lebih panik.

Sejurus selepas dinikahkan, seeloknya pengantin lelaki menunaikan solat sunat dua rakaat sebagai bersyukur kerana berjaya menempuh alam perkahwinan. Selepas itu, sarunglah cincin kepada isteri tercinta.

Pengantin lelaki juga harus bersalam dengan ibu bapa dan ibu bapa mentua, hadirin dan sahabat handai. Bersalaman adalah tanda kesyukuran dan rasa gembira kerana semuanya sudah sempurna.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
♥ created by lindaus ♥